Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara tampar murid 10 tahun

    Oleh Rafidah Jumat

     

    mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Gara-gara menampar seorang murid lelaki, seorang pekerja kantin sekolah dijatuhi hukuman denda $1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

    Jika gagal membayar denda, Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan Azis bin Haji Muhamad menjalani hukuman sebulan penjara.

    Fakta kes menyebut, tertuduh memarahi murid berusia 10 tahun itu kerana telah mengambil gula-gula daripada rakan sekolahnya dan menyebabkan rakannya itu menangis.

    Murid itu kemudian mengatakan sesuatu yang kurang sopan kepada tertuduh dan ini mengakibatkan tertuduh terus berang dan menampar kedua-dua belah pipi murid tersebut. Kejadian didakwa berlaku pada 13 November 2014.

    Murid itu kemudian melaporkan insiden itu kepada guru dan pengetua sekolah. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda