Gara-gara TikTok

KARACHI, 15 JAN – Niat dua rakan merakam video dengan memegang sepucuk pistol dalam aplikasi TikTok berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka parah terkena tembakan.

Jurucakap polis, Ibrahim Hyderi berkata, kejadian berlaku di Umar Colony apabila dua lelaki terbabit mahu merakam video dalam aplikasi sosial popular itu. Menurutnya, seorang daripada mereka yang memegang pistol secara tidak sengaja tertarik picu senjata api itu ketika rakaman.

Lelaki yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital Jinnah untuk rawatan lanjut. Pasukan perubatan mengesahkan mangsa dalam pemantauan lanjut kerana masih dalam keadaan kritikal, lapor Geonews. – Agensi