Thursday, November 30, 2023
31.3 C
Brunei

    -

    Garam, sebatian organik dikesan

    LOS ANGELES, 1 NOV – Pentadbiran Aeroangkasa Dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi misi Juno berjaya mengesan kehadiran garam mineral dan sebatian organik di permukaan Bulan Ganymede yang mengelilingi planet Musytari.

    Data bagi penemuan itu diperoleh menerusi spektrometer Jovian InfraRed Auroral Mapper (JIRAM) yang terdapat pada kapal angkasa misi itu, lapor Xinhua.

    Saiznya yang lebih besar daripada planet Utarid, Ganymede merupakan bulan terbesar bagi planet Musytari dan telah lama menarik minat para saintis untuk mengkajinya.

    Pada 7 Jun 2021, Juno melintasi Ganymede pada ketinggian minimum 1,046 kilometer.

    Instrumen JIRAM berjaya merakam imej inframerah dan spektrum inframerah di permukaannya.

    Melalui misi Juno, para saintis telah mengesan dan menganalisis ciri spektrum unik termasuk natrium klorida, ammonium klorida serta natrium bikarbonat. – Bernama

    Gambar China Daily

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...