Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Garcia manfaatkan kesilapan Sabalenka

    FORT WORTH, AMERIKA SYARIKAT, 8 NOV – Pemain tenis dari Perancis, Caroline Garcia merekodkan kemenangan terbesar dalam kariernya dengan kemenangan straight-set menentang Aryna Sabalenka dalam final WTA kelmarin.

    Garcia menampilkan servis yang menakjubkan untuk mengalahkan lawannya 7-6 (7/4), 6-4 di Fort Worth, Texas.

    Pemain berusia 29 tahun dari Lyon itu merupakan pemain kedua dari Perancis memenangi gelaran juara WTA selepas Amelie Mauresmo pada tahun 2005.

    “Ia semestinya satu kegembiraan yang tak dapat diungkapkan,” kata Garcia selepas menang dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $1.57 juta serta 1,375 mata ranking.

    “Perlawanan final yang menarik, terlalu sengit pada setiap mata. Sangat berbangga dengan usaha yang kami telah lalui sepanjang tahun ini.

    Reaksi Garcia ketika meraikan kemenangan ke atas Aryna Sabalenka dari Belarus dalam perlawanan akhir WTA 2022 di Fort Worth, Texas, kelmarin. – AFP

    “Ia satu perlawanan yang hebat. Saya betul-betul berikan yang terbaik. Saya sangat gembira untuk memenangi gelaran ini.

    “Kadangkala, awda akan beremosi atau permainan tak berjalan seperti apa yang awda mahukan. Kadangkala, pertarungan menjadi semakin sengit dan awda perlu cari jalan untuk mengharunginya. Ia adalah salah satu perkara yang saya perbaiki hari ini. Ternyata, awda harus kekal tenang dan memanfaatkan setiap peluang yang datang,” kata Garcia.

    Sementara itu, beberapa kesilapan kecil Sabalenka ternyata membawa padah yang besar buatnya.

    “Saya belajar untuk menerima kekalahan pada musim ini. Sebelum ini saya akan jadi agresif selepas kalah besar. Tetapi sekarang saya belajar untuk menerima keputusan ini.

    “Bagi saya, ini amat penting kerana ia bukan sahaja mengenai tenis, ia mengenai bagaimana menjadi manusia yang lebih baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...