Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gareth Bale gembira kembali dihargai di Tottenham

    PARIS, 23 OKT – Gareth Bale (gambar bawah) berkata dia berasa gembira apabila disayangi dan dihargai ketika beliau berjaya membantu Tottenham menang 3-0 ke atas LASK dari Austria dalam saingan Liga Europa semalam.

    Pemain antarabangsa Wales memulakan perlawanan pertama sejak kembali dari Real Madrid dan beraksi sejam sebelum Jose Mourinho merehatkannya.

    Bale diturunkan sebagai pemain gantian pada Ahad lalu dengan Tottenham mendahului 3-0 berdepan West Ham sebelum pasukannya gagal mempertahankan kedudukan itu dan berakhir dengan keputusan seri 3-3.

    “Sangat menakjubkan untuk kembali semula,” kata Bale kepada BT Sport.

    “Ia adalah alasan besar kenapa saya beraksi baik dan kenapa saya kembali. Anda mahu disayangi dan dihargai. Saya akan memberikan segalanya untuk pasukan ini.”

    Bagaimanapun, dia mengakui ia mengambil masa untuk menemui prestasinya semula.
    “Saya masih kekok. Ia seperti pra musim kecil buat saya dan saya berusaha untuk beraksi bagi memantapkan permainan,” katanya.

    Bale menyumbangkan assist dari jaringan sendiri oleh Andrade.

    Leicester membuat permulaan yang sempurna di Kumpulan G dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Zorya Luhansk dari Ukraine.

    James Maddison, Harvey Barnes dan Kelechi Iheanacho masing-masing menjaringkan gol dalam perlawanan semalam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda