Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Garis panduan bagi pawagam diumumkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Dalam Fasa Endemik Peringkat Awal, garis panduan Fasa Awal Endemik bagi panggung wayang atau pawagam menyediakan langkah-langkah bagi panggung wayang atau pawagam yang dibenarkan semasa Fasa Awal Endemik dalam Rangka Kerja Pemulihan COVID-19 Kebangsaan.

    Menurut garis panduan Fasa Awal Endemik bagi panggung wayang atau pawagam yang boleh diperoleh di laman sesawang Jabatan Perdana Menteri (JPM), langkah-langkah pengemaskinian operasi bagi panggung wayang atau pawagam hendaklah mematuhi syarat-syarat bagi pemilik atau pekerja dan pelanggan.

    Menurut garis panduan berkenaan, syarat-syarat yang hendak dipatuhi oleh pemilik atau pekerja ialah hanya pekerja yang telah melengkapkan dua dos vaksin dan mempunyai kod warna BruHealth hijau dan kuning dibenarkan bekerja di kawasan premis yang mempunyai interaksi dengan orang awam, pekerja yang belum divaksinasi dan mempunyai kod BruHealth hijau dan kuning hanya dibenarkan bekerja di kawasan premis yang tidak mempunyai interaksi dengan orang awam dengan syarat mereka menjalani ujian ART dan mempunyai keputusan ART yang negatif dengan pertimbangan itu tidak termasuk petugas barisan hadapan.

    Selain itu tambah garis panduan berkenaan, pihak majikan adalah digalakkan untuk membuat ujian Antigen Rapid Test (ART) berkala ke atas setiap pekerja seperti mana yang dinyatakan di dalam garis panduan ART yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, mana-mana pekerja yang kurang sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir bekerja, memastikan pekerja-pekerja sentiasa memakai pelitup muka pada setiap masa serta mendaftar premis untuk mendapatkan kod QR BruHealth dan seterusnya mencetak kod QR berkenaan untuk dilekatkan di kawasan pintu masuk.

    Para pemilik dan pekerja disarankan untuk mengehadkan jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk masuk dalam satu-satu masa kepada 75 peratus dari jumlah kapasiti biasa atau tidak melebihi 300 orang yang mana lebih rendah, mempamerkan notis jumlah maksimum dan jumlah 75 peratus kapasiti tidak termasuk pekerja dalam premis dan status vaksinasi pekerja di luar premis, premis tidak dibenarkan untuk menambah kapasiti ruang duduk daripada kapasiti biasa.

    Selain itu, penjualan makanan dan minuman di premis tidak dibenarkan, memastikan penjarakan fizikal dan sosial itu sekurang-kurangnya satu tempat duduk di antara pengunjung pawagam serta pelanggan yang datang dalam kumpulan keluarga adalah dibenarkan duduk berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda