Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Garnacho jadi penyelamat United

    LONDON, 14 NOV – Pemain remaja Argentina, Alejandro Garnacho masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol pada penghujung aksi ketika Manchester United menang 2-1 di Fulham kelmarin.

    Skuad Cottagers itu tampak akan mendapat satu mata dalam aksi terakhir Liga Perdana sebelum rehat Piala Dunia.

    Bagaimanapun permainan satu dua Garnacho bersama Christian Eriksen, pada minit terakhir tambahan masa, ditamatkan dengan pemain berusia 18 tahun itu masuk ke dalam kotak penalti dan mengatasi Bernd Leno.

    “Dia mempunyai banyak bakat dan dia bekerja keras bersama bakat yang dia ada menjadikan perbezaan besar dari bangku simpanan,” kata kapten United, Bruno Fernandes kepada BBC apabila ditanya mengenai Garnacho.

    “Kami amat gembira dan tahu dia boleh memberikan kami gol, assists dan membuktikan keseronokan dalam bola sepak.”

    Aksi Alejandro Garnacho (kanan), semasa perlawanan bola sepak antara Fulham dan Manchester United di stadium Craven Cottage, London, kelmarin. – AP

    Eriksen meletakkan pelawat di depan pada minit ke-14 di Craven Cottage menerusi gol pertamanya buat United menerusi serangan balas pantas.

    Bekas penyerang United, Daniel James menyamakan kedudukan buat Fulham selepas sejam perlawanan apabila dimasukkan menggantikan Harry Wilson seminit sebelum itu.

    “Tepat pada masanya!,” kata Eriksen mengenai gol dijaringkannya. “Saya sangat gembira berada dalam senarai penjaring dalam perlawanan terakhir sebelum Piala Dunia.”

    United kekal di tangga kelima tetapi kemenangan ini bermakna mereka kini tiga mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham dan Fulham kekal di tangga kesembilan.

    Erik ten Hag tiba di London tanpa beberapa pemain utama termasuk Cristiano Ronaldo, Antony, Jadon Sancho dan Raphael Varane.

    Fulham pula kehilangan bintang utama, Aleksandar Mitrovic tetapi masih bermula bagus di Craven Cottage ketika penjaga gol, David De Gea menafikan cubaan awal Carlos Vinicius. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...