Gas meletup di lombong ragut 5 nyawa

BEIJING, 5 Jan – Bumbung yang runtuh mencetuskan letupan gas di lombong arang tengah China telah membunuh lima orang dan tujuh yang lain terperangkap, kata media kerajaan hari ini.

Ledakan itu berlaku malam semalam apabila 51 pekerja berada di bawah tanah di lombong berkenaan di bandar Dengfeng di wilayah Henan, kata penyiaran kerajaan CCTV. Seramai 39 pekerja naik dengan selamat sementara yang lain terperangkap atau terbunuh, menurut laporan.

Para pekerja sedang melakukan kerja penyelenggaraan dalam bilik pam apabila bumbung runtuh, mengakibatkan ledakan gas, menurut Agensi Berita Rasmi Xinhua. Beberapa laporan berkata tiga penyelamat di antara mereka yang terkorban, namun tidak dapat disahkan. Syarikat lombong tidak dapat dihubungi. Seorang pegawai kerajaan enggan untuk memberi komen. – AFP