PARIS, 11 APRIL – Marseille berjaya menjaringkan dua gol pada awal minit ke-19 dan kemudian menghabiskan masa berehat kelmarin selepas memberikan kemenangan 2-0 ke atas Montpellier serta menjadikan pasukan tersebut kembali ke tempat kedua di Ligue 1.
Pasukan tuan rumah mengasak keras pada permulaan perlawanan dan mendapatkan gol selepas sembilan minit apabila Amine Harit melepasi dari kanan, mengelirukan penjaga gol, Jonas Omlin dan kemudian membuat hantaran bola kepada Bamba Dieng yang berhasil merembat bola masuk ke gawang.
Dieng berjaya menjaringkan penalti tersebut yang menggandakan pendahuluan Marseille 10 minit kemudian.
Sepakan daripada tumit belakang Gerson memberi ruang kepada Dieng tetapi Jordan Ferri menggagalkannya. Sementara itu, Cengiz Under menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Omlin dibuang padang pada masa tambahan tetapi pada masa itu, perlawanan telah pun berakhir.
Marseille mendapat keyakinan yang meningkat daripada kemenangan liga keempat berturut-turut pada permulaan minggu yang sukar. – AFP