Gatlin menang acara 100m di Osaka

OSAKA, Jepun – 20 Mei – Justin Gatlin mengetepikan Yoshihide Kiryu dari Jepun untuk memenangi acara 100 meter lelaki sementara rakan senegaranya Michael Norman pula menjuarai kejuaraan dunia 200m di Grand Prix Golden Osaka, kelmarin.

Gatlin, 37, mempamerkan penamat mantap untuk mencatatkan 10 saat dan mencecah garisan penamat untuk mengalahkan Kiryu dengan satu per seratus saat di depan dalam cabaran dunia IAAF di Osaka.

Juara dunia bawah 20 tahun Indonesia, Lalu Muhammad Zohri memecahkan rekod kebangsaannya dengan menduduki tempat ketiga dalam 10.03saat, sekali gus merekodkan masa terpantas yang pernah dicatatkan oleh seorang atlet dari Asia Tenggara.

Sementara Gatlin mensasarkan kejutan terakhir pada kejohanan dunia di Doha akhir tahun ini, Norman pula meletakkan penanda apabila memenangi 200m lelaki dengan rekod 19.84 saat sekali gus mengurangkan 0.03saat catatan Frankie Fredericks dari Namibia 20 tahun yang lalu.

Bulan lalu, jaguh itu mencatat rekod terbaik 43.45saat dalam 400m, meninggalkan Yang Chun-Han di belakangnya selepas atlet Taiwan itu hanya selesai dengan 20.50saat. Norman menegaskan bahawa dia masih boleh berlari dengan lebih pantas.

“Saya rasa seolah-olah terdapat beberapa bidang yang saya boleh perbaiki,” kata atlet berusia 21 tahun itu. “Saya tidak merasakan seperti apa yang saya selalu alami untuk acara 200m.”

Sementara itu, peserta acara lari berganti-ganti 4x100m lelaki Jepun membuat perubahan selepas gagal peringkat kelayakan pada acara Lari Berganti-ganti Sedunia di Yokohama minggu lepas selepas tewas kepada Team USA untuk selesai di tempat kedua.

Rakaman Kiryu yang meraba-raba sebelum berjaya menyentap baton menjadi tular tetapi pelari Jepun yang memenangi pingat perak Olimpik Rio di belakang Usain Bolt, tidak membuat kesilapan kali ini apabila membantu rakannya untuk selesai di depan dengan 38.00saat.

Pasukan Amerika yang ada Gatlin pada pusingan kedua meraih pingat perak dengan catatan masa 38.73. – AFP

(Dari kiri) Cameron Barrell, Ryota Yamagata, Kyryu dan Gatlin merentasi garisan penamat pada pusingan terakhir acara 100m di Kejohanan Dunia IAAF di Osaka, kelmarin. – AFP