Gattuso nanti cabaran menentang Barca

MILAN, 7 OGOS – Gennaro Gattuso, yang telah dilantik sebagai pengurus Napoli semasa kelab tersebut berada dalam keadaan yang tidak menentu, telah mengemudi kelab Serie A itu menuju potensi menewaskan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

Pasukan Selatan Itali itu akan berkunjung ke Camp Nou pada Sabtu yang merupakan pertemuan kali pertama dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

“Kami sememangnya ingin mencatat sejarah penting,” kata Gattuso, sesuatu yang tidak pernah tercapai oleh legenda Argentina, Diego Maradona semasa mewakili kelab tersebut.

Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 dalam kelompok 16 terakhir pusingan pertama di Stadium San Paulo Februari lalu.

Tetapi kelab Sepanyol itu belum pernah tewas di tempat sendiri dalam Liga Juara-Juara tujuh tahun kebelakangan, ketika mereka menyasarkan tempat ke suku akhir 13 kali berturut-turut.

Barcelona yang menamatkan saingan La Liga di tempat ke-2 sementara Napoli menduduki tempat ke-7 di Serie A, tetapi telah menempah kedudukan Liga Europa hasil dari menjuarai Piala Itali. Gattuso mengakui bahawa dia ‘sudah memikirkan mengenai Barcelona’ ketika pasukannya menamatkan saingan liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Lazio minggu lalu.

“Kami akan bermain di pentas tertinggi dan kami mahu membuktikan kemampuan kami,” katanya. – AFP