PARMA, 23 MEI – Pemain remaja dari Amerika Syarikat, Coco Gauff menewaskan lawan dari China, Wang Qiang untuk menjuarai gelaran WTA kedua di gelanggang tanah liat di Parma, kelmarin.
Pemain pilihan ketiga, Gauff menang dengan keputusan 6-1, 6-3 ke atas Wang, pemain pilihan keenam, dalam perlawanan berlangsung selama 74 minit untuk menambah kejuaraan di gelanggang keras di Linz pada 2019.
Selepas mara ke peringkat separuh akhir di gelanggang tanah liat semasa Terbuka Itali di Rom minggu lalu, remaja berusia 17 tahun, Gauff hanya terlepas satu set semasa memburu kejuaraan di Parma, dengan seminggu sebelum Roland Garros berlangsung.
Gauff, menduduki ranking ke-30 dunia dan memenangi 20 daripada 26 perlawanan, menyelamatkan setiap empat break point dalam pertemuan pertama menentang lawan berusia 29 tahun.
Pemain kelahiran China itu sedang memburu kejuaraan ketiga dan yang sulung di luar China.

“Sememangnya sangat bermakna buat saya, terutama di gelanggang tanah liat, yang merupakan gelanggang bukan saya gemari seperti yang dikaitkan dengan saya,” kata Gauff.
“Saya gemari gelanggang tanah liat, tetapi saya sering terjatuh dan membuatkan baju menjadi kotor!’
“Saya mencatatkan keputusan yang bagus, jadi ia bukan mengenai persembahan saya.
“Ia hanya gelanggang tanah liat yang menunjukkan anda sedikit kasih sayang berban-dingan permukaan yang lain.”
Gauff kemudian memenangi satu lagi gelaran di Parma selepas berpasangan dengan Caty McNally untuk meraih kejuaraan berganda.
Pasangan AS itu menewaskan pemain pilihan kedua, Darija Jurak dan Andreja Kelpac, 6-3, 6-2.
Pada usia 17 tahun, 70 hari, Gauff merupakan pemain termuda untuk merangkul kejuaraan perseorangan dan berpasangan sejak Maria Sharapova memenangi kejuaraan pada 2004 di Birmingham, pada usia 17 tahun, 55 hari.
Sharapova melengkapkan kejuaraan 92 hari selepas Gauff dilahirkan. – AFP



































