Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Gauff mara ke WTA akhir

    GUADALAJARA, MEXICO, 21 OKT – Coco Gauff mara ke pusingan akhir WTA buat kali pertama, bersama pemain dari Perancis, Caroline Garcia, yang akan membuat penampilan kedua dalam acara tersebut, kelmarin.

    Gauff, serta Garcia akan beraksi bersama pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, Ons Jabeur dan Jessica Pegula dalam acara perseorangan untuk pusingan akhir yang akan diadakan di Fort Worth, Texas dari 31 October hingga 7 November.

    Gauff juga akan bermain dalam acara beregu dengan pasangannya, Pegula, menjadikan mereka pemain Amerika pertama yang menyertai pusingan akhir WTA di dalam acara perseorangan dan beregu sejak pasangan Serena dan Venus Williams pada tahun 2009.

    Pada usia 18 tahun, 239 hari pada penghujung hari acara, Gauff akan menjadi pemain paling muda menyertai kejohanan ini sejak Maria Sharapova yang mencapai ke peringkat separuh akhir pada tahun 2005 pada usia 18 dan 208 hari.

    Gauff, yang mara ke kelompok 16 terakhir dalam Terbuka Guadalajara dengan kemenangan straights-set ke atas Elisabetta Cocciaretto pada Rabu, yang melalui tahun 2022 yang gemilang, memenangi tiga gelaran juara, serta mencapai peringkat separuh akhir Terbuka AS.

    Manakala Garcia, 29, akan kembali ke pusingan akhir buat pertama kali sejak tahun 2017 di mana dia hanya sekadar berjaya mencapai peringkat separuh akhir. – AFP

    Aksi Coco Gauff (tengah) membuat pukulan kepada pasangan Gabriela Dabrowski dan Giuliana Olmos, sementara rakan sepasukannya, Jessica Pegula (kiri) melihat semasa dalam acara beregu akhir dalam kejohanan Terbuka San Diego, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...