Gauff pamer aksi cemerlang

MELBOURNE, 20 JAN – Bintang muda kelahiran Amerika Syarikat, Coco Gauff mempamerkan aksi cemerlangnya apabila menewaskan Venus Williams di Terbuka Australia hari ini dan buat kedua kalinya pemain muda itu menumpaskan pemain veteran itu pada pusingan pertama Grand Slam.

Gauff berjaya memasuki pusingan kedua dengan kemenangan 7-6 (7/5), 6-3 ke atas pemain berusia 39 tahun itu di Melbourne dan akan berdepan menentang pemain dari Romania Sorana Cirtea di pusingan seterusnya.

Gauff berada di kedudukan 67 dunia dan namanya yang semakin meningkat naik apabila menumpaskan tujuh kali juara Grand Slam di pusingan pertama Wimbledon tahun lalu.

“Perlawanan yang begitu sukar, dia bermain dengan baik,” jelas Gauff.

“Saya rasa gementar untuk perlawanan ini. Saya terkejut, saya pasti semua orang pasti juga terkejut semasa undian tetapi saya berjaya melaluinya,” tambahnya setelah mengetahui perlawanan semula menentang Venus di Wimbledon.

Williams selaku bekas pemain nombor satu dunia sekarang berada di tangga 55.

Selepas menang menewaskan Williams di Wimbledon, Gauff tewas di pusingan keempat menentang juara Simona Halep. Gauff pernah memenangi kejohanan WTA di Linz Austria pada Oktober lalu. – AFP

Aksi Gauff ketika meraikan kemenangannya di pusingan pertama Kejohanan Terbuka Australia menentang Venus Williams di Melbourne, Australia. – AP