Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaun rekaan China jadi gaya pilihan di Aidilfitri

    DHAKA – Beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri diraikan, suasana pasar pakaian di Bangladesh jelas kelihatan sangat meriah dengan kunjungan pelanggan.

    Tawaran harga berpatutan dan rekaan menarik pada koleksi pakaian yang ditampilkan merupakan antara penarik yang berjaya memancing kebanyakan pelanggan untuk terus membelinya.

    Malah koleksi pakaian dan produk dari China juga kelihatan berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

    Penggemar fesyen terutama golongan muda setentunya berasa teruja dalam memilih rekaan pakaian menarik dan berkualiti untuk diperagakan semasa Aidilfitri ini.

    Bandaraya Bashundhara, sebuah pusat membeli-belah mewah di kawasan komersial Karwan Bazar di Dhaka memiliki banyak rangkaian kedai yang menawarkan pakaian eksklusif untuk lelaki dan wanita didatangkan khas dari China.

    Kelihatan seorang gadis berasa sangat teruja untuk memilih aneka jenis gaun yang ditawarkan di kebanyakan kedai di Bandar Bashundhara, Dhaka. – Xinhua

    Senario yang sama juga dapat disaksikan pada beberapa buah kedai yang menawarkannya pada harga berpatutan seperti di New Maket, Pasar Gausia dan Chandi Chalk yang berada di kawasan berdekatan di mana banyak barangan dari China yang ditawarkan.

    Pakaian dan barangan yang ditawarkan di pasar itu ternyata berjaya menarik perhatian para pelanggan yang datang berkunjung.

    Seiring dengan kecanggihan teknologi Internet, kebanyakan pelanggan juga lebih mudah untuk melihat rekaan gaun-gaun cantik dari China sekali gus menarik minat mereka untuk membeli gaun-gaun tersebut terutama gaun dari China yang secara purata memang berjaya mendapat perhatian yang sangat menggalakkan.

    “Saya mengunjungi pasar ini kerana saya memang berasa sangat berminat untuk mendapatkan koleksi gaun ini,” jelas Habiba Akhtar Nupur, seorang pelajar kolej yang berasa sangat teruja menggayakan gaun rekaan dari China pada Aidilfitri ini.

    “Gaun rekaan dari China ini memang sangat selesa untuk digayakan. Malah rekaan yang ditampilkan juga sangat menarik maka setentunya ia berjaya menarik perhatian ramai pelanggan untuk menggayakannya di musim perayaan seperti Aidilfitri ini,” tambah Habiba.

    “Di Aidilfitri ini setentunya saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk menggayakan koleksi gaun yang sangat menarik dan selesa ini tambahan lagi pada musim panas ini,” jelas gadis tersebut dalam nada penuh keriangan.

    Nupur dan ramai lagi gadis lain kelihatan begitu teruja untuk melihat rekaan gaun-gaun dari China yang ditawarkan di kebanyakan kedai di sekitar Bashundhara.

    Kebanyakan pemilik kedai dan pihak pengimport juga turut menjelaskan bahawa di musim perayaan ini mereka sangat sibuk dalam memastikan bahawa stok pakaian yang ditawarkan di kedai-kedai di Dhaka adalah berada pada tahap mencukupi.

    Selina Bari memiliki kedai sendiri dikenali sebagai Street 77 di Bashundhara dan mengakui turut mengimport pelbagai produk secara langsung dari China.

    “Pada musim perayaan ini, saya memang sering membawa koleksi busana dari China untuk golongan remaja lelaki dan perempuan berusia di antara 12 ke 18 tahun,” jelas Bari yang telah mengusahakan perniagaan pakaian yang diimport dari China itu selama lapan tahun.

    “Salah satu faktor yang berjaya menarik minat pelanggan untuk membeli gaun rekaan China adalah kerana berikutan dari variasi warna dan rekaan yang sangat menarik ditawarkan,” tambah Bari.

    “Pelanggan kami memang terdiri daripada golongan individu yang sangat gemar mengikuti perkembangan fesyen dan kerap merujuk trend terkini melalui rujukan Internet. Dari situ kami akan terus memastikan agar pihak pengeksport sentiasa memasarkan busana yang ditampilkan dengan rekaan terbaharu,” jelasnya.

    Selain aneka jenis pakaian, kebanyakan kedai-kedai di Dhaka juga turut menawarkan pelbagai jenis barangan perhiasan yang sentiasa berjaya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di musim perayaan ini.

    Lebih menarik lagi apabila pereka China juga sentiasa berusaha untuk membawakan pelbagai jenis barangan kemas untuk dipadankan bersama dengan koleksi pakaian yang dijual di Bangladesh.

    “Saya sendiri juga turut pergi ke China untuk turut memilih pelbagai produk menarik untuk diimport ke Bangladesh,” jelasnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda