Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Gavi bantu Barca tewaskan Madrid

    RIYADH, 16 JAN – Barcelona menewaskan Real Madrid 3-1 di Arab Saudi kelmarin sekali gus memenangi Piala Super Sepanyol, trofi pertama mereka sejak jurulatih Xavi Hernandez mengambil alih.

    Gavi, pemain yang masih remaja itu menyerlah apabila mencetak gol dan membantu Robert Lewandowski serta Pedri Gonzalez untuk menjaringkan gol sekali gus mempamerkan persembahan terbaik mereka setelah beberapa tahun menentang saingan sengit Clasico mereka.

    Setelah menikmati kejayaan besar sebagai pemain di Barca, Xavi kembali pada November 2021, dan kemenangan ini adalah hasil daripada usaha dan kerja kerasnya dalam menerajui pasukan tersebut.

    Karim Benzema menjaringkan gol sagu hati untuk Madrid, yang jauh daripada prestasi terbaik mereka sejak rehat Piala Dunia dan juga ketinggalan tiga mata di belakang Barcelona dalam La Liga hujung minggu lalu.

    Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mengalami kekalahan pertamanya dalam perlawanan akhir sejak 2014, ketika Los Blancos terpaksa menyerahkan trofi yang mereka perolehi musim lalu kepada Barcelona, yang kini memenangi Piala Super sebanyak 14 kali.

    “Kami tahu ia adalah peluang yang perlu kami ambil, kami telah melalui era perubahan di dalam kelab dan juga di bilik persalinan, dan ini akan menguatkan semangat kami untuk terus berjuang mendapatkan lebih banyak gelaran,” kata kapten Barca, Sergio Busquets kepada Movistar.

    Xavi meletakkan empat orang pemain tengah, dengan Gavi yang berusia 18 tahun, ditempatkan pada posisi di sebelah kiri, yang sering terlepas dari pemain pertahanan kanan Madrid, Dani Carvajal.

    “(Gavi) adalah seorang remaja yang menggembirakan kami semua, kami melihatnya bermain dengan sepenuh hatinya dan perwatakannya sedang menular kepada seluruh pasukan, dia mempunyai kebolehan semula jadi sebagai pemimpin,” kata Xavi pada sidang akhbar.

    “Dia adalah seorang yang menakjubkan. Pada usia 18 tahun, saya telah menasihatinya untuk terus maju ke hadapan kerana dia mempunyai masa depan yang cerah.” – AFP

    Gavi meraikan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Super Sepanyol di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh, Arab Saudi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...