Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Gavi cetak nama antara penjaring termuda

    PRAGUE, 6 JUN – Gavi mencetak namanya sebagai penjaring termuda Sepanyol sementara Inigo Martinez menanduk masuk gol penyamaan lewat ketika Sepanyol dan Republik Czech seri dalam perlawanan Liga Negara-negara di Prague, kelmarin.

    Dalam perlawanan tersebut, Gavi, yang menjangkau usia 18 tahun tidak lama lagi, berjaya melakukan rembatan rendah dan menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama sebelum masa tamat.

    Selain itu, Martinez pula menanduk masuk ke gawang pada minit terakhir perlawanan untuk memberikan gol penyamaan kepada Sepanyol.

    Manakala dari pasukan Czech, dua gol yang diperoleh dalam perlawanan Kumpulan B, Liga A, adalah daripada Jakub Pesek dan Jan Kuchta.

    Mengenai perlawanan tersebut, jurulatih mereka, Luis Enrique, mengatakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang kurang sihat dan tidak memberikan aksi terbaik walaupun itulah yang ingin mereka lakukan.

    Reaksi Pablo Gavi selepas menjaringkan gol untuk pasukannya dalam perlawanan Liga Negara-negara UEFA antara Republik Czech dan Sepanyol. – AFP

    “Kami memiliki kekurangan dalam pasukan jadi perlawanan tersebut menjadi sangat sukar,” katanya.

    Sementara itu, Enrique menukar lapan pemain dalam kesebelasan utamanya sejak Khamis lalu berikutan keputusan seri menentang Portugal – apabila penjaga gol, Unai Simon, Gavi dan Pablo Sarabia sahaja kekal dalam barisan ke-sebelasan mereka.

    Perlawanan tersebut menyaksikan anak buahnya menguasai permainan. Namun, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol hanya empat minit selepas sepak mula.

    Vladimir Coufal bermula dengan aksi serangan balas, menemui Kuchta yang sedang memecut ke hadapan dan melakukan hantaran kepada Pesek untuk menjaringkan gol. Jaringan tersebut menjadi gol kelimanya dalam 12 perlawanan antarabangsa.

    Setelah itu, Gavi menyamakan kedudukan, tiga minit dalam masa tambahan semasa separuh masa pertama, setelah hantaran cantik daripada Rodri. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...