Gaya fesyen ungu lambang perpaduan

Joe Biden dan Kamala Harris memaparkan pereka fesyen Amerika Syarikat (AS) pada majlis angkat sumpah mereka baru-baru ini, dan Harris memberikan sokongan kepada hak mengundi wanita dengan menggayakan fesyen mutiara dan warna ungu.

Michelle Obama, Hillary Clinton dan Laura Bush juga menggayakan warga ungu. Mutiara merupakan fesyen yang dominan dalam majlis tersebut. Paling menonjol dalam acara itu ialah Jennifer Lopez, yang menggayakan pakaian serba putih dari pereka Chanel, ketika dia mempersembahkan lagu This is Your Land. Isteri presiden, Jill Biden memakai kot tweed warna biru laut di luar gaun daripada label Markarian oleh pereka fesyen Amerika Alexandra O’Neill.

Kot dan gaun wanita pertama termasuk kolar dan manset baldu pada kot, dan blaus sifon dan skirt bersulam biku pada gaun. Leher gaun dihiasi dengan mutiara dan kristal Swarovski. Kristal yang sama juga menghiasi kot.

Pakaian itu dijahit tangan di Bandar New York.

Michelle Obama, ikon fesyen, menerima pujian daripada peminat di media sosial untuk sut seluar dengan tali pinggang dalam warna ijas, juga oleh Hudson.

Hillary Clinton mengesahkan beliau memakai ‘ungu dengan tujuan,’ beritahunya kepada The Associated Press.

“Saya mahu menghantar mesej simbolik bahawa kami perlu bersatu padu.”

Lady Gaga memilih gaun Schiaparelli rekaan Daniel Roseberry dengan skirt kembang merah dan kot biru tua yang dihiasi dengan burung merpati emas.

Anak perempuan tiri Harris, Ella Emhoff, menggayakan fesyen konservatif dalam kot Shetland Miu Miu dihiasi sulaman bunga dengan corak pied de poule serta butang besar warna coklat di leher dan kolar berbentuk tirus.

“Secara terus terang, dalam tempoh empat tahun lalu, kami mendambakan pilihan fesyen dari Rumah Putih yang digayakan demi mempromosi isu-isu yang sedang diperjuangkan untuk kebaikan semua,” kata Nikki Ogunnaike, pengarah digital untuk majalah Harper’s Bazaar. – AP

Joe Biden bersama isteri pada majlis angkat sumpah sebagai presiden baharu AS di Washington. – Gambar-gambar AP