RAMAI orang mula menyedari bahawa menjaga kesihatan adalah penting yang dapat dilakukan dengan mengawal pemakanan serta mengurangkan pengambilan makanan berminyak.
Makanan bersup merupakan antara jenis makanan yang mampu untuk menjamin kesihatan yang baik.
Ia setentunya akan bertambah menjadi lebih baik apabila menggunakan bahan asli tanpa sebarang perisa tambahan atau penggunaan bahan kimia. Selamat mencuba!
Sup Daging
Bahan-bahan:
3 sudu serbuk perencah
1 kg daging
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih dicincang halus
½ inci halia dititikkan
2 biji kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah empat
1 tangkai daun sup dipotong
1 tangkai daun ketumbar dipotong
1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk kasar
3 sudu minyak
2 liter air
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan air, serbuk perencah, bebola daging dan kentang.
Biarkan ia mendidih seketika, masukkan tomato.
Setelah kentang empuk, masukkan daun sup, daun ketumbar dan serbuk lada hitam.
Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.
Sayur Chap Chai
Bahan-bahan:
2 sudu besar serbuk perencah
2 biji telur ayam
4 sudu besar minyak masak
2 biji kentang
Bahan direndam:
2 keping sayur pucuk
2 keping cendawan hitam
2 keping cendawan kering
12 kuntum bunga kincam
Suhun
Bahan tumbuk (tumis):
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 biji buah keras
2 sudu besar bawang goreng
Cara membuat:
Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
Tuangkan air masak dan biarkan ia mendidih.Kemudian masukkan semua bahan direndam bersama kentang. Diikuti dengan serbuk perencah dengan secukupnya.
Pecahkan telur dan tambahkan guia serta garam.
Pindang Ikan
Bahan-bahan:
2 potong ikan tenggiri
2 batang serai yang diketuk
3 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan yang dibelah dua
11/2 liter air
Serbuk perencah secukupnya
6 biji kacang bendi
Bahan tumbuk:
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan yang dibakar
Cara membuat:
Didihkan air dengan asam gelugur, serai, bunga kantan dan dua tangkai daun kesum.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk. Setelah mendidih, masukkan ikan dan bendi. Tambahkan daun kesum. Biarkan ia seketika dan apabila masak sedia untuk dihidangkan.