Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Gaya minimalis, jadi Pilihan lebaran tahun ini

    KUALA LUMPUR – Baju tradisional seperti kurung dan kebaya gaya klasik dengan perincian ringkas atau ‘minimalis’ terus menjadi pilihan ramai untuk digayakan pada lebaran tahun ini. 

    Walaupun busana tradisional kini kian mendapat sentuhan moden, tidak kurang juga altenatif lain seperti jubah dan kaftan, busana tradisional ternyata mempunyai nilai istimewa dan tersendiri untuk Aidilfitri. 

    Berkongsi pandangan berhubung fesyen pilihan tahun ini, pengasas jenama pakaian Tujoh Kuntom Amelin Asri berkata baju kurung Pahang antara yang mendapat permintaan dan jualan tertinggi daripada koleksi ditawarkan. 

    “Ramai suka baju kurung Pahang kerana potongan yang terletak pada badan, selain itu kami juga mengetengahkan konsep klasik tapi minimum, sesuai dengan selera masa kini yang gemarkan pakaian ringkas, polos dan selesa tapi masih tampak mahal,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

    Amelin berkata pihaknya mula mengeluarkan pakaian edisi raya pada 1 Mac lepas dengan harga bermula RM169 dan setakat ini telah menghasilkan lebih 15,000 pasang pakaian.  

    Turut senada, pereka fesyen terkenal yang juga pemilik butik Azura Couture Azura Mazaruddin yang menyifatkan trend tahun ini sebagai ‘back to basic’ apabila kebanyakan pakaian siap ‘ready to wear’ ditawarkan pelbagai jenama menampilkan baju kurung dan baju kebaya seperti kurung riau sebagai taruhan.

    “Tetapi tidak kurang juga yang memilih ‘modern look’, namun masih mengekalkan elemen tradisional, cuma rekaan dimodenkan sedikit,” katanya yang turut menasihatkan orang ramai untuk memilih material dan rekaan yang selesa sebagai pilihan pada Syawal ini. 

    Azura juga mendapati warna-warna terang seperti jingga, ‘turquoise’ (biru firus) dan merah hati yang ‘menang’ di dalam gambar menjadi trend pada tahun ini. 

    Tinjauan Bernama di beberapa portal beli-belah turut mendapati selain baju tradisional, baju kurung moden atau kontemporari sama ada potongan singkat atau labuh dalam pelbagai warna pastel selain rona gelap seperti merah hati, juga menguasai pasaran. – Bernama

    Seorang peniaga menggantung variasi baju kebaya untuk memudahkan pengunjung memilih pakaian yang diingini. – Bernama
    Tukang jahit kini sibuk menyiapkan tempahan baju kurung menjelang sambutan Aidilfitri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...