Saturday, February 4, 2023
23.6 C
Brunei

-

Gaya, prestasi VW Passat seiring zaman

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Passat terbaru generasi kelapan model premium mempunyai banyak ciri-ciri yang menjadikannya unik bagi mereka yang gemarkan gaya moden, anggun dan mewah.

Setelah popular sejak 1980-an, Passat baru didatangkan dengan gaya moden yang lebih tegap bersama jeriji depan krom dengan logo Volkswagen (VW). Tambahan lagi, perubahan agak ketara dari segi bentuk yang lebih lebar berbanding model sebelum ini.

Ruang dalamannya memang luas dan nampak sempurna dengan bahan berkualiti tinggi. Passat kali ini menampakkan papan pemuka berbeza berbanding model sebelum ini. Ruang kabin pada waktu malam cukup mewah dengan lampu garisan LED di sekeliling papan pemuka depan dan sisi menjadikan ruang dalam nampak tenang.

Pemandu dan penumpang merasakan keluasan sambil menikmati persekitaran premium dengan kerusi kulit ‘Nappa’ berkualiti tinggi dan roda stereng disaluti kulit.

Antara fungsi moden pada model terbaru ini ialah seperti punat ‘Start’, mematikan enjin, sistem penghawa dingin dengan kawalan Climatic, kawalan fungsi di bahagian stereng, sistem monitor 8 inci dengan sistem navigasi ‘Discovery Pro’.

VW Passat baru benar-benar direka dengan gaya dan prestasi yang seiring zaman.
VW Passat baru benar-benar direka dengan gaya dan prestasi yang seiring zaman.
Passat ini turut dilengkapi dengan sistem penggera anti kecurian dengan pelumpuh elektronik bagi memberikan pelindungan maksimum terhadap kenderaan daripada dicuri.
Passat ini turut dilengkapi dengan sistem penggera anti kecurian dengan pelumpuh elektronik bagi memberikan pelindungan maksimum terhadap kenderaan daripada dicuri.

Bunyi enjinnya yang senyap menjadikan perjalanan lebih seronok apa lagi jika musik dimainkan. Penumpang dibelakang juga merasa lebih selesa kerana keluasan tambahan membolehkan penumpang menikmati sinaran matahari dari ‘sun roof’ yang boleh dibuka secara automatik.

Pertukaran gear tidak terasa langsung walaupun pada kelajuan tinggi. Pertukaran lancar dibantu kotak gear dengan transmisi DSG gabungan enjin TSI yang bukan saja melancarkan perjalanan tetapi amat membantu dalam penjimatan bahan api.

Passat dilengkapi enjin 4 silinder, TSI 16 Valves bersama bantuan Turbocharger. Walaupun nampak premium tetapi ia juga dilengkapi fungsi program yang dipanggil ‘Dynamic Chassis Control’ bagi memberi pilihan kepada pemandu mengikut kesesuaian perjalanan setiap hari.

Pemandu boleh memilih empat jenis mode iaitu ‘Comfort’ bagi pemanduan selesa, ‘Eco’ bagi ekonomi, ‘Normal’ untuk pemanduan biasa, ‘Individual’ bagi pemandu secara profil individu.

Yang istimewa sekali ialah ‘Sport’ bagi mereka yang gemarkan cabaran adrenalin. Istimewanya, tekanan suspensi dan tindak balas enjin Passat akan dilaras berdasarkan mode pemanduan.

Pilihan ‘Sport’ memberi kuasa maksimum enjin mengikut talaan Volkswagen.

Apa yang menarik, Passat baru ini turut dimuatkan dengan pilihan Mode ‘Launch Control’ untuk mereka yang berminat dengan pelancaran secara agresif.

Pemukaan papan pemuka dengan sentuhan lembut juga menambahkan imej yang cukup elegan pada jentera ini.
Pemukaan papan pemuka dengan sentuhan lembut juga menambahkan imej yang cukup elegan pada jentera ini.

Walau bagaiamanapun, bagi kawalan stereng dan pedal brek, ia cukup responsif dan menyatu walau pun dalam keadaan kecemasan termasuk brek mengejut atau pun mahu mengelak sesuatu ketika jentera dipacu laju.

Dengan kerangka bersaiz 4769m (panjang), 1820m (lebar) dan 1470m (tinggi) serta jarak roda 2712m, pengendalian Passat ini tidaklah sesukar mana. Malah ia juga mudah diparkir dan membuat pusingan-U serta mempunyai jejari pusingan sehingga 5.7m.

Daripada segi imejnya, tidak banyak berbeza dengan model Passat sebelum ini. Ia masih mengekalkan ciri-ciri elegan dengan sedikit sentuhan kemewahan pada bahagian luaran dan dalaman.

Selain itu, antara elemen baharu yang ditampilkan oleh Passat ini ialah sistem sambungan Bluetooth, telefon pintar dan audio streaming yang lebih baik. Malah tempat duduk pemandu juga boleh dilaraskan sebanyak 12 cara dan mempunyai ketetapan memori tersendiri.

Bagi aspek keselamatan pula, Passat ini turut dilengkapi dengan sistem penggera anti kecurian dengan pelumpuh elektronik bagi memberikan pelindungan maksimum terhadap kenderaan daripada dicuri.

Selain dilengkapi ciri standard seperti tali pinggang praregangan, sistem ISOFIX, enam beg udara, ABS, EBD dan sistem bantuan brek (BA).

Syarikat Maju Motors menawarkan tiga versi kepada pelanggan Brunei iaitu Passat 1.8 TSI bagi model standard, Passat 2.0 TSI sebagai model eksklusif dan Passat 2.0 TSI R-Line yang lebih sportif dengan reka bentuk pakej R-Line dan jeriji depan logo R-Line.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -