Wednesday, October 9, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya rock, penampilan 60an

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM – Warna-warna bergemerlapan menerangi Manchester yang suram pada Khamis ketika bandar raya Britain yang terkenal dengan industri tekstil zaman lampaunya memperagakan fesyen terbaharu dalam pertunjukan berprestij Chanel.

    Dilanda hujan dan diselubungi kegelapan musim sejuk dari 3:30 petang, warisan perindustrian bandar ini bukanlah pilihan yang sesuai sebagai latar untuk kemewahan dan glamor acara Metiers d’Art kumpulan mewah Perancis itu.

    Namun pertunjukan itu terbukti sebaliknya ketika model-model berjalan di pentas peragaan dalam seluar pendek bermuda yang mempesonakan, skirt mini dan pakaian yang menarik perhatian di bawah bumbung sementara di jalan pusat bandar.

    Sut tweed contoh unggul gaya klasik British aksesori mutiara dan camelia turut memukau penonton.

    Pelakon Hugh Grant, pengarah Sofia Coppola, bintang bola sepak tempatan, Ruben Dias dan Luke Shaw serta duta jenama Charlotte Casiraghi dan Kristen Stewart adalah antara selebriti yang hadir.

    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Gambar oleh AFP
    Model-model memperagakan koleksi Chanel semasa pertunjukan fesyen Chanel Metiers d’art 2023-2024 di Thomas Street, Manchester, utara England pada 7 Disember. – AFP

    “Saya suka gaya rock, penampilan 60an,” beritahu pelakon Britain, Jenna Coleman kepada AFP.

    Bandar Inggeris utara itu merupakan hab revolusi perindustrian abad ke-19, memproses separuh daripada kapas dunia pada tahun 1860.

    Ia telah mencipta semula dirinya sebagai pusat budaya dan sukan, pusat kepada kelab bola sepak Manchester United dan Manchester City serta menghasilkan ikon muzik termasuk The Smiths, Simply Red, Oasis dan Stone Roses.

    Opera Kebangsaan Inggeris tidak lama lagi akan meninggalkan London untuk menjadikan Manchester sebagai pusatnya.

    Pengarah kreatif Chanel Virginie Viard berkata Manchester adalah titik permulaan untuk budaya muzik yang mengubah dunia, memberikan inspirasi kepadanya untuk membawa pertunjukan itu ke sana disebabkan semangat perintis dan kreativitinya.

    Majlis Bandaraya Manchester mengalu-alukan acara itu sebagai ‘penghormatan yang hebat’ kepada bandar itu dan pengiktirafan di seluruh dunia.

    “Terdapat banyak rujukan kepada bandar ini. Mengadakan pertunjukan Chanel di sini adalah menakjubkan untuk bandar ini,” tambah Emma Kara, yang tinggal di rantau itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda