Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya segar dari Mint Designs

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    DUA pereka fesyen terkemuka yang tidak asing untuk jenama Mint Design iaitu Hokuto Katsui dan Nao Yagi telah mengambil inspirasi daripada gaya jalanan khususnya keadaan suasana dan keadaan dan gaya yang sangat trendy,

    Malah dalam rekaan yang digelar sebagai She is so British ini juga merujuk kepada gaya seorang gadis Jepun yang telah kembali dari England.

    Mereka cuba untuk menampilkan satu gaya yang sangat comel dengan menampilkan rekaan pada saiz yang besar, dilengkapi dengan lengan yang panjang dan kardigan.

    M8 A

    M8 C

    M8 B

    M8 D

    Kebanyakan material yang dipilih pada menzahirkan busana pada koleksi terbaru ini adalah terdiri daripada wool, lace dan jacquard serta menggambarkan motif bunga ros, tulang burung hering dan jersi yang cukup sinonim dengan gaya jalanan.

    Seperkara yang menarik lagi adalah rekaan untuk koleksi terbaru ini juga menampilkan pelbagai busana yang memiliki warna yang sangat menarik di mana ia setentunya akan menjadikan wanita yang menggayakannya akan kelihatan segar dan sangat bergaya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda