Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Gaya sia-siakan peluang keemasan

    MADRID, 19 OKT – Kapten Valencia, Jose Gaya mensia-siakan penalti lewat yang mengikat Sevilla dengan keputusan seri 1-1 di dalam aksi La Liga yang mengasyikkan kelmarin.

    Rembatan Erik Lamela pada minit ke-86 telah membawa skuad kendalian Jorge Sampaoli itu kepada kedudukan seri menentang skuad kendalian Gennaro Gattuso di stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

    Sampaoli belum lagi berjaya membawa kemenangan kepada pasukannya sejak menggantikan tempat Julen Lopetegui, namun, dia tetap berpuas hati walaupun dengan satu mata kerana ini bermakna Valencia tidak berjaya merampas 3 mata setelah wisel penamat dibunyikan.

    Selepas Valencia berjaya bertahan menentang Elche pada hujung minggu lalu, Edinson Cavani menanduk masuk bola hasil hantaran silang Dimitri Foulquier seawal minit ke-enam permainan.

    Penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili menafikan jaringan Rafa Mir dua kali; satu melalui tendangan, satu lagi melalui tandukan.

    Sevilla terus memberi tekanan pada babak kedua dan tandukan Nemanja Gudelj terkena palang sementara cubaan voli Papu Gomez terkena bahagian tepi gawang gol.

    Kedua-dua pasukan melakukan banyak kekasaran dan bermain dengan sungguh agresif, sehinggalah Lamela menyamakan kedudukan pada minit ke-86 melalui tendangan sudut. – AFP

    Kapten Valencia, Jose Gaya gagal menyempurnakan sepakan penalti pada hujung perlawanan antara Valencia dan Sevilla di stadium Ramon Sanchez Pizjuan, kelmarin. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...