Gaya, teknik bermain piano berbeza setiap era

WARSAW – Koleksi piano bersejarah yang menghasilkan bunyi autentik tetapi sudah dilupakan berjaya menarik penonton mengunjungi pertandingan muzik baharu yang terkenal di Poland pada zaman komposer Poland, Frederic Chopin.

Tidak seperti alat muzik moden, instrumen berwarna hitam berkilat yang lahir pada abad ke-19 itu juga boleh didapati dalam warna coklat.

Reka bentuk dan model yang digunakan termasuk beberapa piano merupakan kegemaran para pemain piano Poland-Perancis dan komposer romantik abad ke-19 itu, yang meninggal dunia pada 1849 di Perancis ketika berusia 39 tahun.

Kini, sejumlah 30 pemain piano dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam Pertandingan Antarabangsa Chopin pertama Poland dan mereka berpeluang memilih piano yang diminati.

“Kesemua piano tersebut dicipta pada abad ke-19 dan setiap model ini pernah dimainkan oleh Chopin.

“Kegemarannya ialah piano Pleyel tetapi kami juga mempunyai Erard, Buchholtz dan piano pada zaman lain,” kata Pengarah Institut Fryderyk Chopin, Artur Szklener.

Benjamin d’Anfray mengadakan persembahan di Pertandingan Antarabangsa Chopin pertama Poland yang berlangsung di Warsaw, Poland. – AFP
Kini, sejumlah 30 pemain piano dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam Pertandingan Antarabangsa Chopin pertama Poland dan mereka berpeluang memilih piano yang diminati. – AFP
ATAS & BAWAH: Tidak seperti piano besar pada hari ini, model-model yang dicipta semasa tempoh inovasi teknikal pada abad ke-19 berbeza dari segi pembinaan dan kualiti suara sekali gus memberikan setiap instrumen itu keistimewaan tersendiri. -AFP

Beliau merujuk kepada lima buah piano besar yang dimiliki okestra Warsaw Philharmonic di Warsaw, Poland.

Tidak seperti piano besar pada hari ini, model-model yang dicipta semasa tempoh inovasi teknikal pada abad ke-19 berbeza dari segi pembinaan dan kualiti suara sekali gus memberikan setiap instrumen itu keistimewaan tersendiri.

“Bergantung kepada model, jenama dan tahun pembuatan, ia seperti anda mendengar banyak bunyi yang berbeza dan banyak piano yang berbeza,” kata Claire Chevallier, pakar piano antik dan juri pertandingan tersebut.

Chevallier berkata, dia mahu peserta bersaing dengan setiap piano itu supaya dapat mengekspresikan perkara yang sangat peribadi sesuai dengan instrumen dan kualiti bunyinya.

“Pada masa sama, ada sedikit pembaharuan dalam muzik Chopin yang sering didengar,” katanya menjelang pertandingan tersebut.

Penggunaan piano bersejarah membuatkan acara yang berlangsung dari 2 hingga 14 September lalu telah menawarkan hadiah pertama sebanyak 15,000 euro (AS$17,400), tidak seperti pertandingan lain di dunia, demikian menurut Institut Chopin.

Pertandingan Piano Antarabangsa Chopin dilancarkan di Poland pada tahun 1927. Sejak itu ia diadakan setiap lima tahun sekali bermula pada tahun 1955. Memenangi acara berprestij itu membuka pintu kepada karier antarabangsa.

Bagaimanapun pertandingan piano tersebut diharap membuka ruang yang lebih besar kepada para pemuzik biasa untuk menggunakan instrumen moden yang standard.

“Instrumen ini sangat diperlukan di peringkat teknikal, tahap mendengar dan tahap menguruskan akustik tidak terkecuali akustik sebuah bilik.

“Ia tidak dihiraukan, contohnya, ia mempunyai skala muzik yang tidak rata sementara piano moden peralihan antara skala benar-benar tidak diketahui,” katanya.

Sementara itu, sama seperti pesaingnya, Benjamin d’Anfray, 30, yang merupakan pemain piano Perancis juga menyedari hal tersebut.

“Setiap era mempunyai gaya dan teknik bermain piano tersendiri, jadi kita tidak boleh bermain instrumen ini dengan cara yang sama untuk konsert besar Steinway.

“Kami tidak boleh menjadikan ia terlalu berat, tidak boleh menggunakan pedal dengan cara yang sama tetapi lebih menumpukan pada papan kekunci,” katanya selepas cuba bermain model Buchholtz dan Pleyel yang paling disukai oleh Chopin buat kali pertama.

Piano Pleyels mempunyai kualiti bunyi yang luar biasa dan tidak terdapat pada piano moden hari ini.

“Apabila kita memainkannya, kita seolah-olah berada dalam dunia lain, kita boleh mempunyai sensasi bunyi yang baik dan dunia bunyi yang sama sekali berbeza,” tambah d’Anfray.

Mencari piano klasik bukanlah satu tugas yang mudah. “Piano yang sangat tua dan masih berada dalam keadaan baik sukar dicari tetapi apabila anda menemuinya, ia luar biasa,” kata d’Anfray.

Beliau gembira masih terdapat 20 piano klasik yang disediakan untuk peserta pertandingan piano tersebut. – AFP