Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaza jadi zon maut – Ketua WHO

    NEW YORK, 22 FEB – Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang “tidak berperikemanusiaan” kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot, menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin.

    Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata Gaza telah umpama sebuah zon maut.

    “Sebahagian besar wilayah telah musnah. Lebih 29,000 orang terbunuh dan ramai lagi hilang atau dianggap meninggal dunia manakala ramai lagi penduduk cedera,” katanya dalam sidang media.

    Kekurangan zat makanan yang teruk telah meningkat secara mendadak di seluruh Semenanjung Gaza sejak konflik bermula, meningkat daripada kurang satu peratus penduduk kepada lebih 15 peratus di beberapa kawasan.

    “Angka ini akan meningkat lebih lama perang ini berlangsung dan bekalan terputus,” kata Tedros. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda