MOSCOW, 29 April – Syarikat tenaga Rusia, Gazprom hari ini mengumumkan lonjakan keuntungan bersihnya dua kali ganda bagi tahun 2018 ketika isi padu dan harga gas yang dieksport ke Eropah masing-masing meningkat dari tahun sebelumnya.
Keuntungan bersih kumpulan yang dikawal kerajaan itu meningkat kepada 1,456 bilion rubles (AS$22.5 bilion), berbanding dengan 714 bilion rubles pada 2017, menurut kenyataan perolehan.
Keuntungan operasi turut berganda sepanjang tahun kepada 1,903 bilion rubles, sementara hasil pendapatan meningkat 26 peratus setahun ke setahun sekitar 8,244 bilion rubles.
Penjualan kepada Eropah dan Turki, kawasan paling mewah Gazprom, meningkat kira-kira 3 peratus untuk mencecah 201 bilion meter padu tahun lalu meskipun ketegangan geopolitik dan seruan bagi EU untuk mempelbagaikan sumber bekalan.
Saham pasaran Gazprom Eropah telah meningkat beberapa tahun kebelakangan, mencecah sekitar satu pertiga daripada jumlah penggunaan.
Eksport syarikat kepada bekas republik USSR pula meningkat 8.9 peratus sementara jualan domestik bertambah 4.3 peratus. – AFP