GCC sokong lanjut sekatan senjata Iran

DUBAI, UAE, 10 OGOS – Enam negara blok Teluk Arab berpecah belah dalam perselisihan dalaman yang menyokong pelanjutan sekatan senjata PBB ke Iran, hanya dua bulan sebelum ia akan berakhir.

Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kelmarin mengutus surat kepada Majlis Keselamatan PBB yang menyokong pelanjutan terhadap sekatan senjata yang menghalang Iran membeli senjata buatan asing seperti jet pejuang, kereta kebal dan kapal perang.

GCC yang terdiri dari Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuduh Iran ‘tidak berhenti dari campur tangan bersenjata di negara-negara jiran, secara langsung dan melalui organisasi dan gerakan bersenjata seta dilatih oleh Iran’.

Gabungan yang dipimpin Arab Saudi terus memerangi pemberontak Houthi Yaman, yang dituduh oleh PBB, AS dan pakar persenjataan menerima senjata dari Iran. Tehran menafikan memberi senjata kepada Houthi, walaupun senjata dan komponen Iran telah berulang kali muncul di Yaman.

Surat itu juga mengatakan Iran memberi senjata kepada pejuang Hizbullah di Lubnan dan Syria dan diduga memberikan senjata kepada militan Syiah di Iraq dan ‘kumpulan pengganas’ di Bahrain, Kuwait dan Arab Saudi.

“Sekatan PBB mewujudkan pemahaman konsensus mengenai ancaman terhadap keamanan dan kestabilan dari Iran,” kata GCC dalam surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Nayef al-Hajraf bagi pihak blok itu. – AP

Bendera GCC, di Bandar Kuwait. GCC, blok enam negara Teluk Arab setuju dengan sebulat suara semalam terhadap pelanjutan sekatan senjata PBB ke Iran. – AP