Saturday, October 1, 2022
24.8 C
Brunei

Gelandangan bergelut cuaca sejuk di New Delhi

-

NEW DELHI, 30 JAN – Ibu kota India, New Delhi menempuh cuaca sejuk luar biasa, sehingga golongan gelandangan maut dan penduduk bergelut untuk memanaskan badan.

Bandar mega yang mempunyai 20 juta penduduk itu sudah terbiasa dengan cuaca ekstrem sepanjang tahun, dari musim panas yang melampau hingga hujan lebat dan asap toksin tebal pada penghujung musim luruh.

Namun, mengharungi cuaca sejuk dan hujan lebat pada bulan ini menjadi pengalaman pahit bagi kebanyakan orang, dengan Delhi pada Selasa merekodkan bulan Januari paling sejuk dalam masa hampir satu dekad.

“Tidak dapat dinafikan ia sangat sejuk,” kata Mukesh, 30, kepada AFP dari atas katil tempat golongan gelandangan berteduh, pada hujung minggu.

Dia dan kumpulan kecil yang lain berhimpun di sekitar unggun api buatan sendiri, satu pemandangan yang sering kali dilihat setiap malam di bandar itu bulan ini.

“Sejak 10 hari kebelakangan cuaca sangat sejuk terutama beberapa minggu lalu, tidak ada matahari. Kami merasa risau kerana kami berusaha keras untuk kekal merasa hangat,” kata Mukesh.

Angka golongan gelandangan di seluruh Delhi sukar untuk didapatkan baru-baru ini, namun menurut banci India 2011, kira-kira 47,000 penduduk bandar tinggal di jalanan.

Walau bagaimanapun para aktivis berkata jumlah tersebut jauh daripada yang dijangkakan. Angka rasmi menunjukkan jumlah perlindungan bagi golongan gelandangan hanya mampu menempatkan kira-kira 9,300 orang. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -