Gelang kesan suhu diuji ke atas pelajar sekolah Beijing

BEIJING, 11 MEI – Gelang pantau suhu yang mencetuskan amaran pada aplikasi jika pelajar mengalami demam sedang diuji di sekolah-sekolah Beijing hari ini – penggunaan terkini China terhadap teknologi tinggi untuk menjejak kemungkinan pendedahan penduduknya kepada koronavirus baharu.

China telah memasang kamera termal di tempat awam dan kebanyakan tempat yang memerlukan mereka menunjukkan aplikasi dengan rating hijau, kuning dan merah bagi memastikan risiko jangkitan seseorang berdasarkan sejarah perjalanan.

Gelang itu akan diperkenalkan di lima daerah Beijing bagi kelas pertama untuk pelajar-pelajar sekolah menengah beberapa bulan akan datang.

Jalur itu akan menyediakan data suhu waktu sebenar yang boleh dipantau oleh sekolah-sekolah dan ibu bapa menerusi aplikasi, lapor Beijing Daily.

“Gelang itu serupa dengan pengesan alat kecergasan biasa…kami merekomenkan para pelajar memakainya dalam tempoh 24 jam sehari,” kata seorang guru kepada Beijing Daily.

Jika suhu badan pelajar meningkat lebih 37.2 darjah, gelang itu akan mengarahkan guru mereka untuk memaklumkan polis, menurut Beijing News milik kerajaan. – AFP