Gelaran ATP Cologne milik Zverev, Auger -Aliassime tewas di final keenam berturut-turut

COLOGNE, JERMAN, 19 OKT – Naib juara Terbuka AS, Alexander Zverev (gambar bawah) merangkul gelaran ATP Cologne semalam dengan mengalahkan Felix Auger-Aliassime 6-3, 6-3.

Pemain nombor tujuh dunia dari Jerman itu meraih kemenangan Jelajah ATP ketiganya di gelanggang sendiri ketika Auger-Aliassime kalah di perlawanan akhir keenamnya berturut-turut.

“Saya mempunyai perlawanan akhir yang sangat sukar di New York dan perlawanan akhir berikutnya saya bermain di sini.

“Saya mahu keluar dan mahu bermain tenis terbaik saya, menamatkan perlawanan,” kata Zverev, 23.

“Felix, anda seorang pemain yang sukar dipercayai. Saya tahu ia tidak banyak bermakna sekarang, tetapi saya yakin anda bukan sahaja akan memenangi satu gelaran, anda juga akan memenangi banyak, banyak gelaran dalam karier anda, gelaran yang lebih besar daripada ini,” tambahnya.

Auger-Aliassime, 20, menewaskan Roberto Bautista Agut di separuh akhir tetapi gagal mengulangi persembahan baiknya menentang Zverev.

Kekalahan berturut-turutnya bermula pada final ATP pertamanya pada Februari 2019 di Terbuka Rio.

“Saya bermain buruk dari awal hingga akhir,” kata Auger-Aliassime. – AFP