Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Gelaran premier: S’wak ada hak pinda perlembagaan negeri

    MELAKA, 21 FEB – Sarawak mempunyai hak untuk meminda perlembagaannya termasuklah menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier, kata pakar perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

    Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan
    Persekutuan.

    “Apabila saya melihat draf rang undang-undang itu, didapati draf rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa ketika mana dijumpai perkataan Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang itu, ia hendaklah dibaca dengan perkataan Premier.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Wacana Ilmu 20 Feb 1956: Mengorak Langkah Menuju Merdeka di Auditorium Panggung Sari, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka di sini hari ini.

    Majlis yang dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...