GELB hargai kerja keras kakitangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Great Eastern Life Brunei (GELB), baru-baru ini, telah menganjurkan Majlis Malam Penghargaan dan Makan Malam Tahunan untuk mengiktiraf kerja keras dan sumbangan para perwakilan kewangan dan kakitangannya.

Hadir pada majlis yang berlangsung di Tarindak D’Polo, Jerudong itu ialah Patrick Peck dan Erik Yeo, pengarah urusan dan ketua interim cawangan Brunei yang menyampaikan ucapan alu-aluan dari Singapura menerusi persidangan video dalam talian.

Majlis bertema Into the Future itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada mereka yang mencatatkan prestasi tertinggi termasuk Anugerah Khidmat Lama, Anugerah Pencapaian Tertinggi, Pelayak Million Dollar Round Table (MDRT), Top Recruiting Awards, Anugerah Pengurus Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik.

Pada majlis itu, Frankie Chua menerima Anugerah Pengarah Terbaik manakala itu, Joanne Liaw dan Awang Mohamad Arriffin bin Bujang masing-masing Anugerah Pengurus Terbaik dan Recruiting Leader Award. Awang Muhammad Azim bin Haji Abdul Razak pula penerima Top Rookie Producer Award. Dua orang pengarah iaitu Vincent Goh dan Frankie Chua adalah pelayak MDRT buat kali kelapan sementara pengarah bersekutu, Joanne Liaw buat kali ketujuh dan Alice Lim adalah pelayak baharu.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan muzik serta persembahan oleh wakil-wakil kakitangan GELB.

Patrick Peck dan Erik Yeo bergambar ramai dengan kakitangan semasa majlis tersebut.- Gambar serahan GELB