PARIS, 29 JULAI – Satu data penyelidikan menunjukkan gelombang haba yang berpunca daripada perubahan iklim di Britain mungkin akan meningkat sekurang-kurangnya 10 kali lebih tinggi.
Di kawasan timur England merekodkan suhu tinggi sepanjang masa 40.3 darjah Celsius dan cuaca panas itu mencetuskan kebakaran yang memusnahkan puluhan rumah di London.
Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 34 lokasi di Britain mencatat rekod tertinggi pada 20 Julai, ketika gelombang panas memuncak di kawasan barat Eropah.
Pasukan penyelidik antarabangsa cuba menggambarkan cuaca panas melampau seperti itu berlaku sebelum era perindustrian bermula pada pertengahan abad ke-19.
Mereka memfokuskan suhu maksimum di wilayah Britain yang paling terjejas iaitu di England tengah dan Wales timur, dan mendapati haba yang memecahkan rekod itu sekurang-kurangnya 10 kali lebih tinggi, berkemungkinan berpunca daripada gas rumah hijau yang dihasilkan oleh manusia yang mengakibatkan pemanasan global. – AFP