Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Gelombang haba: California berdepan krisis elektrik

    LOS ANGELES, 6 SEPT – California akan berdepan bekalan elektrik terputus tahun ini ketika gelombang haba teruk terus menyelubungi negeri itu dengan suhu mencatatkan tiga angka, para pegawai memberi amaran hari ini.

    Presiden Pengendali Sistem Bebas California (CAISO), Elliot Mainzer yang mengendalikan grid elektrik negeri berkata, California meramalkan tahap rekod penggunaan tenaga yang boleh melebihi bekalan ketika orang ramai menghidupkan penyaman udara.

    California boleh mengalami kekurangan bekalan elektrik 2,000 hingga 4,000 megawatt daripada bekalan tenaganya, yang mewakili sebanyak 10 peratus daripada permintaan biasa, katanya.

    Dalam pada itu, pegawai tenaga negeri berkata beban elektrik esok berpotensi mencecah 51,000 megawatt iaitu permintaan tertinggi pernah direkodkan di California.

    Keadaan cuaca yang panas terik dan kelembapan yang rendah semakin mengeringkan semak belukar dan menambah cabaran memerangi kebakaran hutan, kata timbalan ketua Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran, Anale Burlew. Kira-kira 4,400 orang anggota bomba sedang memadamkan 14 kebakaran besar di seluruh negeri dan terdapat 45 kebakaran baharu pada Ahad.

    CAISO lewat kelmarin meminta pengaktifan penjana kuasa kecemasan sementara yang digunakan oleh Jabatan Sumber Air di Roseville dan Yuba City. Empat buah penjana itu, yang pertama kali diaktifkan tahun lalu, membekalkan sehingga 120 megawatt elektrik, cukup untuk menjana sehingga 120,000 buah rumah.

    Awal kelmarin, CAISO mengeluarkan tujuh amaran Flex Alert meminta penduduk supaya mengurangkan penggunaan elektrik.

    Pengguna digesa mengekalkan penghawa dingin pada suhu 25.5 darjah Celsius atau lebih tinggi sepanjang tempoh tersebut dan mengelak daripada menggunakan peralatan utama seperti ketuhar dan mesin basuh pinggan mangkuk. – AP

    Penduduk setempat melihat kepulan asap dari Kebakaran Fairview yang berlaku kelmarin. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...