Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Gelombang haba mungkin bunuh 90,000 setiap tahun

    COPENHAGEN, 9 NOV – Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA) mengatakan jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk menangani gelombang haba, ia mungkin akan mengakibatkan 90,000 penduduk Eropah terkorban setiap tahun menjelang akhir abad ini.

    “Tanpa mengambil langkah bersesuaian serta di bawah senario pemanasan global tiga darjah Celsius menjelang 2100, seramai 90,000 warga Eropah berisiko meninggal dunia disebabkan haba melampau setiap tahun.

    “Namun jika pemanasan global dapat dikurangkan 1.5 darjah Celsius, 30,000 kematian dapat dikurangkan setiap tahun,” menurut agensi itu.

    Justeru, banyak negara berikrar untuk mengekalkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius di atas paras pra-industri, iaitu matlamat yang akan terlepas dunia dengan trend pelepasan semasa pada ketika ini.

    Kira-kira 129,000 penduduk Eropah meninggal dunia akibat haba melampau dalam tempoh antara 1980 hingga 2020, kata agensi itu, memetik data insurans.

    Namun katanya, berikutan gelombang haba yang lebih kerap dikaitkan dengan perubahan iklim, populasi yang semakin tua dan peningkatan urbanisasi menjadikan angka itu berkemungkinan meningkat beberapa tahun akan datang, terutamanya di selatan benua itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...