Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang panas cecah 40 darjah Celsius

    NEW DELHI/ISLAMABAD, 2 JULAI – Gelombang haba melampau melebihi 40 darjah Celsius (˚C) telah melanda India dan Pakistan beberapa hari kebelakangan ini.

    Menurut agensi berita AFP, haba panas itu telah mengorbankan 6,500 orang di negara kedua paling ramai penduduk di dunia itu sejak 2010, manakala saintis mengatakan perubahan iklim menjadikannya semakin teruk dan sering berlaku.

    Suhu waktu pagi telah mencecah lebih 40˚C selama empat hari berturut-turut di Rajasthan, Haryana dan New Delhi termasuk sebahagian kawasan di Punjab, Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh di tengah India.

    New Delhi pula menyaksikan 43.1˚C kelmarin, hari terpanas pada bulan ini di bandar itu sejak 2012 yang mencatat kepanasan 43.5˚C.

    Hari ini, suhunya meningkat lagi kepada 41˚C di bandar yang mempunyai 20 juta penduduk.

    Sementara itu, Jabatan Meteorologi Pakistan mengatakan suhu maksimum 48˚C telah dicatatkan di Jacobabad, sebuah daerah di wilayah selatan Sindh.

    Beberapa daerah di negara itu telah mencatatkan suhu purata antara 44˚C hingga 47˚C, lapor agensi Anadolu.

    Jabatan meteorologi berkata musim panas diramal berakhir pada Jumaat, hujan dan angin pula dijangka melanda Kashmir, Gilgit-Baltistan, Khyber Pakhtunkhwa, Islamabad, dan beberapa bahagian di wilayah Punjab dan Balochistan. – AFP/Bernama

    Seorang sukarelawan mengagihkan air manisan sejuk kepada orang ramai semasa musim hari panas di Amritsar, India pada 2 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda