Gelombang panas melampau landa California Selatan

LOS ANGELES, 4 SEPT – Gelombang panas berbahaya dijangka melanda selatan California hujung minggu ini dengan ramalan peningkatan risiko penyakit berkaitan cuaca panas dan kebakaran, lapor agensi berita Xinhua, memetik Perkhidmatan Cuaca Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

“Cuaca panas melampau yang membahayakan pada hujung minggu ini di California. Suhu boleh mencapai paras tertinggi setiap masa,”  kata Perkhidmatan Cuaca Los Angeles di akaun Twitter rasminya. Justeru, orang ramai digesa sentiasa berwaspada terutamanya mereka yang berisiko dan yang bekerja di kawasan terbuka.

Agensi itu memberi amaran beberapa kawasan akan mengalami kenaikan suhu pada setiap hari sehingga hujung minggu dan cuaca panas melampau dijangka melanda semua kawasan dari Jumaat hingga Isnin, dengan suhu paling tinggi pada Ahad. – Bernama

Selatan California dijangka akan mengalami gelombang panas hujung minggu ini dengan cuaca diramal antara 43.3 dan 46.1 darjah Celsius. – AFP