Gempa 5.2 magnitud gegar Kuril

MOSCOW, 18 OKT – Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Lautan Pasifik di Kepulauan Kuril, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), kelmarin.

Menurut Sputnik, gegaran itu berlaku pada 17:39 GMT 160 kilometer (km) selatan kota Severo-Kurilsk di Rusia, dengan pusat gempa pada kedalaman 35km.

Setakat ini belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan. – Bernama