Gempa 5.3 magnitud landa Hawaii

KAILUA-KONA, Hawaii, 14 April – Gempa bumi dengan gegaran 5.3 magnitud telah melanda bahagian barat Big Island, Hawaii kelmarin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Gempa bumi melanda pada jam 5 petang dengan kedalaman kira-kira 16km dan pusat gempa 24km barat daya Kailua-Kona, sebuah bandar yang mempunyai hampir 12,000 orang di pantai barat pulau itu, kata agensi.

Tidak ada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Perkhidmatan Kaji Cuaca Negara.

Sebahagian pulau itu mungkin mengalami gegaran kuat, menurut pusat. Kajian Geologi AS berkata ia telah menerima 894 respons daripada orang ramai yang mengatakan mereka dapat merasakan gegaran gempa bumi.

Hawaii Electric Light dalam twitternya mengatakan kira-kira 3,300 pelanggan di komuniti Waikoloa, tanpa bekalan tenaga, lapor Hawaii News Now. – AP