ISTANBUL, 27 DIS – Satu kejadian gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan wilayah Elazig di timur Turki hari ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu menerusi Twitter melaporkan tiada sebarang korban jiwa atau kerosakan.
Gempa berlaku pada pukul 9:37 pagi waktu tempatan, menurut Pengarah Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki. Ia turut dirasai di beberapa wilayah berhampiran.
Turki terletak di garisan sesar utama dan kejadian gempa sering berlaku.
Pada Januari, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud berlaku di Elazig, membunuh 41 orang di wilayah dan kawasan kejiranan Malatya.
Satu lagi kejadian gempa melanda di bandar pelabuhan di bahagian barat Izmir pada Oktober, mengorbankan 116 orang.
Kejadian gempa paling buruk melanda Turki dalam abad ini pada 1999, ketika gempa bumi kuat melanda barat laut Turki, membunuh kira-kira 18,000 orang. – AP






























