JAKARTA, 8 SEPT – Satu gempa bumi dengan 5.6 magnitud menggegarkan wilayah barat, Aceh, Indonesia hari ini, menurut agensi meteorologi dan geofizik.
Gempa bumi melanda pada jam 5:04 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa 29km ke barat daya bandar Calang, daerah Aceh Jaya dan pada kedalaman 46km di dasar laut.
Agensi itu bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran tsunami memandangkan gegaran tidak mencetuskan ombak gergasi. – Xinhua