Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Gempa 5.9 magnitud gegar Papua New Guinea

    PORT MORESBY, 9 JAN – Gempa berukuran 5.9 magnitud melanda bahagian timur Papua New Guinea hari ini, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Gempa berkedalaman 19 kilometer berlaku pada 0205GMT di Lautan Solomon, kira-kira 200 kilometer di luar pesisir selatan pulau New Britain, menurut USGS.

    Tiada laporan kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan.

    Papua New Guinea terletak di Lingkaran Api Pasifik, yang menjadi titik panas bagi aktiviti seismos kerana geseran antara dua plat tektonik.

    Pada Julai 2020, gempa sekuat 6.9 magnitud mencetuskan kebimbangan di Port Moresby, namun tiada kerosakan besar dilaporkan.

    Dan pada Februari 2018, gempa berukuran 7.5 magnitud melanda bahagian tinggi, mengakibatkan tanah runtuh, menimbus rumah-rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 125 orang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...