Gempa 6.1 magnitud landa Afghan, Pakistan

KABUL, 20 DIS – Satu gempa bumi kuat menggegarkan Afghanistan dan Pakistan hari ini, menurut Jabatan Geologi AS (USGS), memaksa penduduk berlari ke jalan-jalan di Kabul dan Islamabad.

Gempa bumi 6.1 magnitud melanda kira-kira 50km ke barat daya Jurm di utara Afghanistan dan lebih 200km dalamnya, menurut USGS.

Di kedua-dua buah ibu negara, penduduk merasakan dua gegaran singkat namun tiada laporan segera mengenai kerosakan. Gempa bumi boleh dirasakan sejauh new Delhi, menurut laporan penduduk, manakala di Lahore, orang ramai yang panik berlari ke jalan dan keluar dari kereta mereka. – AFP