SANTIAGO, 16 April – Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan utara Chile sebelum subuh pada hari Sabtu, bagaimanapun tidak ada sebarang laporan mengenai mangsa atau kerosakan setakat ini.
Pusat gempa itu berlaku pada 5:19 waktu tempatan, telah dikenal pasti berpusat di 39 kilometer tenggara San Pedro de Atacama, di rantau Antofagasta pada kedalaman 156 kilometer, kata Pusat Seismologi Kebangsaan.
Gempa tersebut “telah dirasai sekurang-kurangnya di 19 buah bandar dan di kawasan Tarapaca dan Atacama,” kata akhbar harian El Mercurio Online.
Sementara itu, agensi kecemasan kebangsaan ONEMI berkata tiada laporan kecederaan atau kerosakan barang, mahupun gangguan perkhidmatan asas. – Xinhua