Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa 6.4 magnitud gegarkan Pakistan

    QUETTA, Pakistan, 8 Feb – Seorang pegawai Pakistan berkata, gempa bumi yang kuat dengan 6.4 magnitud telah melanda barat daya negara dan terdapat laporan kerosakan rumah tetapi tiada kemalangan jiwa.

    Nasir Mahmood dari Jabatan Meteorologi Pakistan mengatakan pusat gempa itu adalah di barat bandar pantai Pasni di wilayah Baluchistan yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran. Pekan ini terletak kira-kira 700 kilometer (437 batu) selatan Quetta, ibu kota wilayah.

    Pegawai itu berkata gempa bumi itu memiliki kedalaman 10 kilometer (6 batu). Penyelidik Geologi Amerika Syarikat menyifatkan gempa bumi dengan 6.3 magnitud. Pesuruhjaya Wilayah Tufail Baluch berkata jabatan pengurusan bencana telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang gegaran susulan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda