Gempa 6.5 magnitud gegar Taipei

TAIPEI, 24 OKT – Gempa bumi berlaku di bahagian timur laut Taiwan hari ini, dengan penduduk tempatan melaporkan gegaran kuat di ibu kota Taipei namun tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Biro pusat cuaca Taiwan berkata gempa berukuran 6.5 magnitud sementara Jabatan Geologi Amerika Syarikat merekodkan ukuran lebih rendah, 6.2 magnitud. Gempa melanda bahagian timur laut Yilan pada 1:11pm dengan kedalaman 67 kilometer.

Menurut wartawan AFP di Yilan gegaran berlaku selama 30 saat.

“Dinding rumah bergegar, gempa terasa sangat kuat,” menurut wartawan.

Gempa disusuli dengan gegaran penghujung dan sistem metro MRT Taipei terpaksa ditutup sementara selama satu jam sebagai langkah berjaga-jaga sebelum perkhidmatan disambung semula. Taipei sering dilanda gempa disebabkan kedudukan negara pulau itu berhampiran dengan dua plat tektonik.

Hualien, sebuah kawasan pelancongan, dilanda gempa sekuat 6.4 magnitud pada 2018 dan mengorbankan 17 orang serta mencederakan hampir 300 orang. – AFP