Gempa bermagnitud 3.8 landa Istanbul

ISTANBUL, 14 APRIL – Gempa bumi dengan magnitud 3.8 pada skala Richter melanda Istanbul, Turki pada hari ini, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut pihak berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD), gempa berlaku di pantai Laut Hitam di daerah Arnavutkoy pada pukul 2:56 pagi waktu tempatan, dengan kedalaman 7.03 kilometer.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – Bernama