Monday, January 27, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa berukuran 5.6 landa timur Indonesia

    JAKARTA, 16 DIS – Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia hari ini, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu.

    Gempa itu berlaku pada 11:06 waktu Jakarta (0426 GMT), dengan pusat gempa berada di 163km barat daya daerah Maluku Barat Daya dan pada kedalaman 26km di bawah dasar laut, lapor Xinhua memetik agensi itu.

    Agensi itu tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami kerana gegaran tidak mencetuskan ombak gergasi atau tsunami. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda