Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 5.1 gegar Alaska, British Columbia

    JUNEAU, Alaska, 18 Sept – Gempa bumi dengan ukuran 5.1 magnitud menggegarkan Alaska kira-kira 135 batu (217km) barat laut bandar Juneau.

    Secara kebetulan, Ekspo Bersiap Sedia Bencana Bandaran Juneau mulai berakhir ketika gempa bumi melanda pada petang Sabtu. Tiada kerosakan dilaporkan.

    Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan mengatakan tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi itu.

    Gempa bumi berpusat di hujung British Columbia, yang memisahkan Tenggara Alaska dan Yukon. Ia bergegar berhampiran Eastern Denali Fault – kawasan sama yang mengalami siri gempa bumi besar awal tahun ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda